Friday, May 25, 2012

Resepi Tiramisu

Ni pula resepi tiramisu...sangat sedap,sehari je dah bole licin...hehe...nak wat pun senang,tak payah bakar or kukus...tp kos bahan2 tu la agak mahal sbb ade cheese...tp kalau beli kat kedai pun mahal jugak,baik buat sendiri bole makan puas2...hehe

Sumber photo Roziana Che Yusof.. :) (aku nye x cun kot...huhu)


Bahan-bahan
250g cream cheese (Philadelphia)
250g whiping cream
1 cawan gula castor
2 paket biskut tiramisu / sponge finger (bole beli kt bakery)
air nescafe tanpa gula

Cara-cara
1. Pukul cream cheese,whiping cream dan gula sehingga kembang dan ringan dgn kelajuan tinggi.
2. Tuangkan sesenduk kedalam bekas,lepas tu celup biskut sponge finger ke dalam air nescafe dan susun dalam bekas diatas cheese tadi.
3. Ulang langkah 2 hingga cheese n biskut habis..
4. Tabur serbuk koko dgn menggunakan tapis untuk hiasan.
5. Tutup dan simpan dalam peti ais semalaman...esok nye dah bole makan...sedapppp...... :)

Selamat mencuba ;)


Resepi Apam Pelangi

Hari ni nak share resepi Apam Pelangi :) sedap...sangat simple dan bahan pun senang je...budak2 mesti suka...jom kite tengok macam mana nak buatnye....

Bahan-bahan
6 biji telur gred A
1 1/2 cawan gula (bole kurangkan 1 cawan kalau tak suka manis)
2 cawan tepung gandum (ayak la dulu ye)
esen vanila (atau perasa yg digemari)
*sy letak perasa strawberry sbb lupa esen vanila habis...hehe
pewarna (sy gunakan warna kuning dan biru)

Cara-cara
1. Panaskan air dalam periuk pengukus
2. Pukul 6 biji telur bersama gula dengan kelajuan tinggi sehingga betul2 kembang n warna putih
3. masukkan asen vanila
4. masukkan tepung dan gaul sebati,pukul perlahan.
5. bahagikan adunan kepada 2 bekas (jika gunakan 2 warna shj) gaulkan pewarna ke setiap bekas
6. masukkan sesenduk acuan (biru) kedalam loyang yang dah disapu majerin terlebih dahulu,letakkan ditengah-tengah loyang...kemudian masukkan sesenduk lagi warna berlainan (kuning) diatas warna biru tu tadi,biarkan ia bergerak sendiri...ulang step selang seli sehingga acuan habis...kalau nk cantik lagi,dengan garfu tarik acuan dari tengah ketepi (lorekkan sikit je)
7. kukus dalam alat pengukus selama 45 minit,tutup penutup kukusan dengan kain supaya air tdk jatuh kedalam apam...pastu siap dingapp! :)

Selamat mencuba,memang gebu dan sedap :)

Wednesday, May 16, 2012

Tudung Bawal Glam

Hye Beautiful :)

Kat sini ade promosi Tudung Bawal Glam...sangat glam uols...hehe...hadiahkan diri uols sesuatu yang exclusive,lain drp yg lain...sweet sangat bila dipakai kan?hehe :) Sila SMS 010-226 9836 selepas membuat pilihan...tq



AVAILABLE

AVAILABLE

AVAILABLE

AVAILABLE

BOOKED




AVAILABLE

AVAILABLE

BOOKED

AVAILABLE

AVAILABLE

Untuk sebarang pertanyaan sila SMS 010-226 9836 atau email ke emishaz85@gmail.com :)


Tuesday, May 15, 2012

Resepi Apam Gula Hangus

Bahan-bahan
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 1/2 cawan air
1 cawan majerin
3 biji telur
3 cawan tepung
3 sudu kecil bikabonat soda
150 ml susu cair / santan
1 sudu kecil asen vanila

Cara-cara
...apa2 pun panaskan air dalam alat pengukus dulu...
1. Cairkan gula pasir sehingga warna perang dan masukkan 1 cawan air,pastu sejukkan.
2. Cairkan gula merah dengan 1/2 cawan air lagi,dah cair masukkan majerin cairkan dan sejukkan.
3. Pukul telur hingga kembang
4. Kemudian masukkan gula hangus tadi dan masukkan juga gula merah yg dah cair (tapis gula merah)
5. Masukkan pula susu cair / santan kedalam acuan tadi.
6. Ayak tepung bersama bikarbonat soda dan campurkan ke dalam acuan perlahan2.
7. Akhir sekali masukkan asen vanila.
8. Sapu loyang dengan butter kemudian masukkan acuan.
9. Kukus dengan api perlahan selama 1 jam.

Tuesday, May 8, 2012

Resepi Kek Lapis Haw Flakes / Masam Manis



Bahan-Bahan
2 cawan biskut marie (original) (dikisar halus cam tepung)
3/4 cawan gula icing
5 biji telur
1 cawan majerin
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar susu pekat manis
Pewarna hijau & kuning (ikut kesukaan)
Haw Flakes secukupnya (2 bungkus)

Cara-Cara
1. Pukul telur dengan gula icing sehingga kembang dengan kelajuan maxima.
2. Masukkan majerin dan pukul lagi.
3. Masukkan serbuk biskut marie dan gaul sebati.
4. Kemudian masukkan serbuk penaik,esen vanila dan susu pekat ke dalam acuan tadi.
5. Bahagikan acuan kepada 2 bekas dan campurkan pewarna lain2 setiap bekas,gaul rata...
6. Sapu loyang dgn butter (gunakan loyang tinggi sikit) kemudian masukkan acuan 1 sebanyak 1 senduk dan ratakan nipis2 dalam loyang tadi...kukus acuan selama 10 minit dgn api sederhana.
7. Lepas 10 minit, perlahankan api,susun hawflakes satu persatu (rapat-rapat) diatas acuan yg dah masak tadi, lepas tu letakkan 1 senduk acuan berlainan warna pula, ratakan nipis2 juga...kukus lagi 10 minit...
8. Ulang langkah 7 sehingga hawflakes & acuan tadi habis berselang seli,agak2 dalam 6 ke 8 lapis..

Dah masak,bolehlah dihidangkan...tapi tunggu sejuk dulu taw :)



Selamat mencuba!!

P/S: Memang makan masa yang agak lama dan leceh,tp hasilnye...mabelesss!! sodappp!!hehe :)

Wednesday, April 18, 2012

Sendayu Tinggi Nafi Produk Bahaya - Produk mungkin disabotaj

Bace juga UTUSAN MALAYSIA


Sebagai pengguna produk Sendayu Tinggi,memang terkejut dengar berita yang produk ST kena rampas disebabkan ade bahan mengandungi racun...tapi relax je, produk perlansingan badan memang banyak dah yang ade bahan2 tak sepatutnye...tp knp ST? sedangkan ST dah 16thn dipasaran...tak hairanlah, memang banyak dugaan pengasasnya Pn.Rozita selama dalam perniagaan kecantikan ini...kenapa beliau berpurdah pun menjadi isu mengatakan wajah beliau rosak....persaingan memang ade dimana2, tp sy sendiri dah berjumpa dgn Pn.Rozita ni, beliau memang cantik & kurus, macam tak percaya dah beranak 8 org taw...sebagai pengguna produk ST, sy masih & akan menggunakan produk ST yang lain tanpa was2...ikuti laporan dibawah untuk berita selanjutnya...diharap Pn.Rozita terus tabah dengan dugaan2 yang mendatang...beliau salah seorang idola sy, sebagai wanita Islam yang sangat bekerja kuat drp bawah & sekarang beliau berjaya...16 tahun ST dipasaran sangat membanggakan bg sy...


Sendayu Tinggi Holdings Sdn. Bhd. menafikan sekeras-kerasnya syarikat itu terlibat dalam pembuatan produk minuman pelangsing membahayakan pengguna.

Pengarah Urusannya, Rozita Ibrahim berkata, tindakan berkenaan tidak mungkin dilakukan syarikat itu kerana mereka tidak mahu merosakkan nama baik syarikat
yang dibina selama ini.

“Apa yang berlaku ujian daripada ALLAH SWT. Selama 16 tahun Sendayu Tinggi bertapak dalam industri ini, tidak mungkin kami sendiri akan rosakkan nama baik syarikat yang bersusah payah dibina.

“Sia-sia sahaja jika kami buat perkara demikian semata-mata mahu melariskan produk bernilai RM44 sahaja,” katanya.

Menurutnya, pihaknya memohon maaf terutama kepada pengguna dan penyokong setia produk Sendayu Tinggi.

“Semua formulasi produk Sendayu Tinggi daripada saya, namun, bukan kepakaran saya untuk memilih indikasi bahan mentah bagi membuat produk itu.

“Kami telah melantik ejen pembekal pakar dan memberi kepercayaan kepada mereka untuk mengambil formulasi bagi mencari bahan mentah tersebut,” katanya.

Rozita berkata, beliau bersyukur apabila pihak pembekal pakar pemakanan itu tampil memohon maaf atas kejadian berlaku.

“Saya ingin memohon maaf atas apa yang berlaku dan kita tidak akan melakukan tindakan yang tidak masuk akal dengan meletakkan Sibutramine ke dalam produk minuman pelangsing tersebut.

“Buat sementara waktu, syarikat terpaksa membekukan jualan produk terbabit sehingga siasatan dijalankan Kementerian Kesihatan selesai dua minggu lagi,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan­ bahawa produk lain syarikat itu yang berada di pasaran tidak merbahaya dan selamat digunakan.

“Kita hanya membekukan jualan­ produk terbabit sahaja ekoran siasatan Kementerian Kesihatan. Pengguna setia Sendayu Tinggi boleh mendapatkan produk lain syarikat di pasaran.

“Selepas ini, Sendayu Tinggi akan membuat analisis dan penyelidikan lebih terperinci ke atas produk yang akan dikeluarkan walaupun telah melantik pembekal seperti pakar pemakanan dan produk,” katanya.

Rozita turut memaklumkan pihaknya tidak menolak kemungkinan produk minuman pelangsing itu telah disabotaj individu tidak bertanggungjawab bagi memburukkan reputasi syarikat miliknya.

Sementara itu, wakil pembekal pakar pemakanan produk itu, Naziera Jaafar turut hadir untuk memohon maaf atas kejadian yang berlaku. – Bernama

Tuesday, April 17, 2012

Resepi Kek Coklat Moist


Resepi Kek Coklat

1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula
1 cawan minyak masak (boleh ganti dengan buttercup)
1 1/2 cawan tepung gandum
1 tin susu cair
1 1/2 sudu kecil soda bikabonat
1 1/2 sudu kecil serbuk penaik
2 biji telur

Hiasan Kek

1 bar coklat masakan
Coklat rice/atau apa-apa hiasan yang menarik untuk kek

Cara-cara masakan;

1) Sebelum kita bancuh bahan-bahan, didihkan air didalam alat kukusan.
2) Sementara tunggu air mendidih, kita mulai adunan dengan ambil 2 biji telur dan dipukul sehingga kembang.
2) Coklat, gandum, gula, serbuk penaik dan soda bikarbonat digaul sekali.
3) Susu cair dan minyak masak dicampur ke dalam telur yang telah dipukul sehingga kembang.
4) Campur adunan di dalam langkah 2 ke dalam langkah 3.
5) Kacau sehingga sebati.
7) Sediakan loyang kek yang sudah disapu dengan majerin dan masukkan adunan kek yang sudah sebati.
8 ) Kukus sehingga masak kira-kira 45 minit. (tempoh masa kek siap masak bergantung kepada saiz loyang kek dan saiz api yang digunakan tapi sebaiknya pantau pada masa 30 minit)
*untuk cek masak ke tak kek ini boleh cek dengan cucuk kek menggunakan lidi. kalau takde apa yang melekat pada lidi bermakna kek tue dah masak.
9) Selepas masak, cairkan bar coklat dan sapu di atas dan sekeliling kek.
10) Letakkan hiasan dan masukkan ke dalam peti sejuk untuk keraskan coklat hiasan.

Seperti biase,resepi amek drp CIk TOm ler...hehe...tq,cik tom...resepi yg mudah difahami :)

Gambar sendiri belum ade,nanti nak buat...kongsi resepi dulu,nanti kalu ade yg tanye senang nk bg link,xyah crik jauh2 kn...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...